Prob Anisotropi Gelombang Mikro Wilkinson
Prob Anisotropi Gelombang Mikro Wilkinson

Prob Anisotropi Gelombang Mikro Wilkinson

Prob Anisotropi Gelombang Mikro Wilkinson (Inggeris: Wilkinson Microwave Anisotropy Probe (WMAP), juga dikenali sebagai Microwave Anisotropy Probe (MAP) dan Explorer 80) ialah sebuah kapal angkasa yang mengukur perbezaan dalam suhu baki haba sinaran daripada Letupan Besar - suhu sinaran latar belakang gelombang mikro kosmik - di seluruh langit.[4][5] Misi yang diketuai oleh Profesor Charles L. Bennett dari Universiti Johns Hopkins ini telah dibangunkan hasil usaha sama di antara Pusat Penerbangan Angkasa Lepas Goddard NASA dan Universiti Princeton.[6] Kapal angkasa WMAP telah dilancarkan pada 30 Jun 2001, jam 19:46:46 GDT di Florida. Misi WMAP menggantikan misi angkasa COBE dan merupakan kapal angkasa kelas sederhana (MIDEX) kedua program Explorer. Pada 2003, MAP telah dinamakan semula sebagai WMAP untuk menghargai ahli kosmologi David Todd Wilkinson (1935 - 2002)[6] yang telah menjadi ahli kumpulan sains misi ini. Pada 20 Disember 2012, data selama 9 tahun dan gambar-gambar berkaitan daripada WMAP telah dikeluarkan.[7][8]Ukuran-ukuran WMAP memainkan peranan penting dalam membina Model Piawai Kosmologi yang terkini, iaitu model Lambda-CDM. Data WMAP adalah sangat sesuai mengikut alam semesta yang didominasi oleh tenaga gelap dalam bentuk pemalar kosmologi. Data kosmologi yang lain juga adalah konsisten dan bersama-sama digunakan untuk membataskan Model ini dengan lebih ketat. Di dalam model Lambda-CDM untuk alam semesta, usia alam semesta ialah 13.772 ± 0.059 bilion tahun. Penetapan usia alam semesta oleh WMAP dengan ketepatan lebih baik daripada 1% telah diakui oleh Guinness Book of World Records. Kadar perkembangan alam semesta kini (lihat Pemalar Hubble) ialah 69.32 ± 0.80 km·s−1·Mpc−1. Isi alam semesta kini terdiri daripada 4.628 ± 0.093% jirim barion biasa, 7001240200000000000♠24.02+0.88
−0.87% jirim gelap sejuk (Cold dark matter, CDM) yang tidak memancar dan menyerap cahaya, dan 7001713500000000000♠71.35+0.95
−0.96% tenaga gelap dalam bentuk pemalar kosmologi yang memecutkan perkembangan alam semesta.

Prob Anisotropi Gelombang Mikro Wilkinson

Jalur V 61 GHz Alur 21 MOA
Jalur Q 41 GHz Alur 30.6 MOA
Jalur Ka 33 GHz Alur 39.6 MOA
NSSDC ID 2001-027A
Lokasi L2
Laman sesawang http://map.gsfc.nasa.gov
Jangka masa misi 18 tahun, 9 bulan dan 7 hari telah berlalu
Dilancarkan dari Stesen Tentera Udara Cape Canaveral
Jenis orbit Orbit Lissajous
Organisasi NASA
Kenderaan pelancaran Delta II 7425-10
Jalur W 94 GHz Alur 13.2 MOA
Jalur K 23 GHz Alur 52.8 MOA
Tarikh pelancaran June 30, 2001, 19:46 UTC
Jisim 840 kg